Apakah kaedah untuk memeriksa jaundis pada bayi?

Kaedah    Kramer’s   Rule (Penilaian Visual) “Kramer’s   Rule”   memberi panduan kepada pengamal perubatan untuk menilai penampilan kekuningan pada bayi. Kekuningan pada muka dan leher menunjukkan bahawa jangkaan bacaan bilirubin dalam darah bayi ialah 68-IJJmmo /L atau 4- 8mg/dl. Jika kekuningan lebih jauh ke bawah badan bayi, contohnya jaundis di bawah pusat bayi, julat bacaan bilirubin dalam darah bayi adalah lebih tinggi iaitu 136-272mmol/L atau 8-16mg/dl.

Menggunakan alat  mesin Tronscutaneous Billirubinometer (TcB) yang diletakan di dada bayi untuk memberi bacaan billirubin pada bayi ia adalah mudah dan cepat, biasanya digunakan untuk pemantauan dan saringan. Mesin ini tidak 100% dalam bajet kritikal 80-100%, khususnya 30-90%.

Kebiasaannya, jika paras bilirubin dari alat ini terlalu tinggi atau agak mencurigakan/tidak pasti, doktor akan mengambil darah untuk mendapatkan kepastian.

Melalui pensampelan darah, jumlah bilirubin serum (TSB) juga akan dijalankan untuk mengesahkan bacaan bilirubin dalam darah bayi.

Kebanyakan klinik kesihatan, klinik Swasta dan Hospital menggunakan kaedah capillary serum billirubin dimana sedikit darah akan diambil dari pada tapak kaki bayi dan dihantar ke lab untuk mendapatkan bacaan bilirubin bayi.

Pengambilan darah dari pada yang lebih banyak mungkin diperlukan untuk memantau jaundis  yang beresiko tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top