Apakah Jenis Jenis Jaundis Pada Bayi Baru Lahir?

1. Jaundis Fisiologi

Kurang bahaya, ia berlaku selepas 24 hingga 48 jam kelahiran bayi. Keadaan ini berlaku kerana pecahan sel darah merah lebih tinggi pada bayi baru lahir dan keadaan hati bayi yang masih belum matang.

2. Jaundis Patologi

Jaundis ini lebih berbahaya dan memerlukan pemantauan yang teliti. Antara punca jaundis patologi adalah ketidakserasian darah ibu dan darah bayi.

3. Prolonged Jaundis

Jaundis pada bayi berpanjangan jika melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan, manakala jaundis melebihi 21 hari bagi bayi pramatang.

Jaundis yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti kekurangan susu atau hormon tiroid, jangkitan dan keadaan di mana terdapat kebocoran jus hempedu dari hati ke payudara. Najis bayi yang mengalami atresia bilari akan berwarna pucat, air kencing akan kelihatan seperti teh yang kuat dan perut akan kembung/bengkak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top