Bayi tidak memakai pakaian kecuali bahagian lampin/diapers, supaya mendedahkan sebanyak mungkin kulit badan supaya terdedah kepada sinar lampu phototherapy.
Mata bayi ditutup dengon eye shield (pelitup mata) untuk melindungi lapisan saraf di bahagian belakang mata (retina) dari cahaya yang terang.
Ibu masih boleh menyusukan anak seperti biasa.
Paras bilirubin akan dipantau setiap hari bergantung kepada keadaan bayi dan bacaan bayi.
Rawatan ini akan berlangsung selama beberapa hari. Rawatan ini amat penting untuk bayi jaundis, sebagai pilihan rawatan yang harus dipertimbangkan oleh doktor dan ibu bapa.
Jika anda inginkan penjagaan khas di rumah bersama bayi anda, di bawah pengawasan pakar kanak-kanak & bayi, kami menyediakan perkhidmatan untuk menyewa mesin lampu fototerapi jaundis dan perkhidmatan pemeriksaan jaundis di rumah/confinement center untuk menggembirakan anda dan keselesaan anda dan bayi anda.